Thursday, December 29, 2011

say hi to notes, books, pens & highlighters :)


Assalamualaikum. Jawab sayang tak jawab dosa :)





Super duper busy lately maklumlah dah masuk minggu exam. Patutnya aku update entry ni before exam Law, tapi kan dah tadi aku cakap busy #buat muka . Tapi exam atau tak, langsung tak jadi masalah. Perghh bangga gila kau *dush tumbuk dahi. Bukan sebab aku dah ready tapi assignment yang kena submit berduyun-duyun tiba. Bila masa aku nak study dengan gigih ni padahal buat-buat gigih ? Plus ingat lagi tak aku penah mention yang aku pergi trip kanak-kanak ribena ke sana sini bagai. Itu salah satu sebab mek tak ready nak exam. Biasalah bersiar-siar ber'trip' sebelum exam ni mencabar jiwa raga nak ambil mood study balik.


"Eh kau kan suka study last minute?" *tumbuk dahi kali kedua


27 Dec 2011: LAW {OSH}
30 Dec 2011: RESEARCH METHODOLOGY

Hello new year ^_^

13 Jan 2012: INDUSTRIAL HYGIENE
14Dec 2012: INDUSTRIAL TOXICOLOGY



Nampak tak ada gap 2 minggu kat situ? Ye tepat sekali. Lepas je exam RM {bukan Running Man}, aku terus chow balik ngan Amalina. Saja nak ambil mood study IH & IT kat rumah *tepuk dada tanda hebat. Sebenarnya saya rinduuuuuuuuu family dan rinduuuuuuu sama itu kucin yang brutal.


Now patutnya aku study RM tapi nampak tak aku buat apa? -.-'


Good luck semua BSBM'12. Jangan suka study last minute ye. Aku sentiasa doakan kalian semua berjaya. InsyaAllah Semoga semuanya dipermudahkan. Kita kan dah berusaha sehabis baik :) Jangan lupa sentiasalah berdoa dan bertawakkal kepada Dia.



I do pray for u. Yes u ^_^






Saturday, December 17, 2011

Hope u know that i really miss u adik



Lately rasa dah sayang sangat kat kucing. Maybe terpengaruh sama itu kaza dan kak chu. Lagipun di T5 ni ramai member bela kucing dan semua mereka sangat lah cute. #cair

Now my kucing dah tak de. Walaupun kami dah adopted kucing baru tapi still ingat kat adik :(


Kakak is missing u.
May your soul rest in peace.




i wish You could fix me






Aku rasa lain.
Jauh.
Hilang...
Hope aku kembali seperti biasa.sediakala.

"I want to be remembered as the girl who always smiles even her heart is broken, and the one that could always brighten up your day even if she couldn't brighten her own."




with my cousin/adik/rakan sepermainan


Ya Allah.. how i wish masa boleh diputar kembali.. namun hakikatnya itu tak akan berlaku. Harap aku dapat berubah ke arah kebaikan because the man that decided to change on the twelve hour dies on the eleventh {Hlovate}




Thursday, December 1, 2011

Baking class is sooo fun ^_^V



Actually last week patutnya balik dan berseronok di rumah tapi aku cam tak ada hati sangat nak balik sebab dah register kelas buat tart. Tengok..! aku tak balik semata-mata nak belajar buat tart. Dah nampak ciri-ciri isteri mithali di sini. Aku paksa lela dan nino sekali join kelas ni. Nasib la diorang nak join if tak terkontang- kanting mek keseorangan.... #awkward

So, lets images speak louder than words :)






cheese tart and shell kosong untuk fruit tart


yummehhhh *drooling


pelajar tekun *clap clap

my groupmate: asma', syikin, nino dan lela {senyum bangga tunjuk hasil kerja :> }



With Kak Nat and Kak Atie, tenaga pengajar tart :)


Dear my future hubby, i dah boleh buat tart ok #sengihbangga
Thanks Kak Nat untuk resipi dan tips yang sangat berguna. Thanks a lot :))



Wednesday, November 30, 2011







Sorry tak bermaksud begitu.
Sekadar meluahkan pandangan sebab AKU pon selalu camtu.
Harap tiada yang terasa. Aku tak tuju pada sesiapa.
sekali lagi sorry. :)

Hati mesti kental




Next few weks dah start busy dengan segala bagai assignment dan class trip bagai. Rasanya sem ni dah macam kelas tadika sebab banyak sangat trip pegi situ sini. Seronok memang tak yah cakap la kan. Rasa cam nak buat tarian dangdut keliling UIA. hewhewhew..




8.12.11 UIAM Gombak {Law class}
10.12.11-11.12.11 Sampling {Place: TBD}
13.12.11 Trip to PERWAJA Kemaman
22.12.11 Trip to NIOSH Bangi


nampak tak! nampak tak!! betapa busy nya mek ni? { padahal pegi trip je pon :p }


Prof Nik : Law class lect :)


Oh lupa nak cakap sempena nak start busy next next week haruslah mek balik ambil mood dulu. InsyaAllah malam esok balik Qlate. Uje-uje gini sedak make ubi rebus cicoh nyo nga air kopi :) So, uje please jangan stop dulu. Nok amek mood musim sejuk Qlate sikit. Adalah suasana sama dengan adelaide? #teruja





Monday, November 28, 2011

beyong my imagination :))



well, movie ni dah banyak kali aku ulang dan ulang sampai dah termuntah tapi still ulang dan ulang lagi =>
This is my fav movie ever.







Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah {1433H}




one of the most beautiful view in the world. Subhanallah..





It's 1 Muharram 1433H
Wishing you happy memories of the past and a great beginning for the coming of. Ya Allah, have mercy on us, forgive us our sins and bless us with your love & guidance
:)




Thursday, November 3, 2011

i'm coming home ^_^v



yippie!! *lompat-lompat

you know what? you know what?!! Dah lebih beberapa bulan {konon} tak balik rumah. Yes i miss u u u u ayoh, mok and seantero dengannya. oh budik kakti balik esok.wait naa.


ye saya tau ada 1 lagi paper esok -.-'. Industrial toxico, please be nice to me. Mek xcekak nok baco doh. Badan di sini hati jauhhh nun di kok keli sana. Wish me luck :)



raya' 10





Monday, October 31, 2011

cause its true.






True friends are never really true.
Only good friends stay good and they are very limited.

Saturday, October 29, 2011

tegap



Haruslah happy kerana mood bersukan {baca: jogging} sudah melanda diri. Ye busuk itu hebat! saya suka busuk dan berpeluh sebab saya nak kurus sihat. Before aaja delivered baby, dia cabar saya suruh kurus before dia kurus. So, of course mek tercabar jiwa dan raga. Perasaan ini turut dikongsi Aina dan Chepah zumba. Yoshhh jom kurus togede-gede.hewhew #buatzumba~




oh exam pon just aroung the corner. Next week ada 2 exam {Research maethod+Industrial Toxico}. Exams please be nice to me. Janganlah memboikot saya dengan mem'postpone'kan exams tersebut.


{source: weheartit}


hati lebih berkobar untuk study if condition compartment teratur begini -.-'





Friday, October 28, 2011

welcome to new world baby ammar :)




hi muhammad ammar mikail :)


Alhamdulillah..Aaja harith {my bestie since cenfos} dah delivered her baby. Memang teruja sebab ni second anak buah from BSBM'12 student and lagi terasa nak buat joget kucing sebab ni anak best friend sendiri. So, saya dah boleh kahwin la ye? #kenyitmatakatmak


ammar,
jangan nakal-nakal ye
semoga jadi anak yang soleh dan sentiasa taat pada perintah Allah
dengar cakap ibu dan papa.


p/s: che atie can't wait to see u u u u..nak gomoi-gomoi sikit :)



Monday, October 17, 2011




Alhamdulillah..
Terima kasih Ya Allah .







Saturday, October 15, 2011

hope dia percaya itu bukan salah aku mahu pun mereka







T.A.K.U.T

Now itu je perasaan aku.







harap dia percaya jela alasan kami. -.-'

Ya Allah, tolonglah hambamu ini. Permudahkanlah segalanya. Itu bukan salah kami.



Thursday, October 13, 2011

perasaan mau pulang ke malaysia itu propa semata


Alhamdulillah. My presentation went smoothly. Tapi still tak puas hati sebab not well prepared untuk statistical analysis. Patutnya part tu la yang kena study lebih. Tapi tak pelah. Part statistic nanti aku study. Now its time to focus on my lab work. Tapi part nak start balik tu la malas. Almost 1 month tinggal. Ingat lagi tak entry imaginasi tinggi melangit ni?huuu. Now still lagi kat lab. Biasa la final year student mestilah rela berkorban jiwa dan raga :)


Terasa nak balik sangatttttt tapi biasa la itu propa semata. InsyaAllah raya qurban ni balik. Ada gak a few friends ajak aku balik rumah deepavali ni #kenyit mata kat aimi and nany. Aku tak kisah pon weh. Aku on je korang nak balik rumah aku. Jommmm..


p/s: Hope kepada anda di adelaide sana, semoga happy selalu. Jangan lupa saya di sini :)



oh yeah.i'm a dreamer -.-'



Monday, October 10, 2011

Making me more nervous =.=






oh nebes sangat..Rasanya macam hari ni dah rabu.wooo tak nak present!!



Student: Nur Izzati Mohd Hazmi 0813924
Time: 2.30-2.45 pm
Supervisor/co: Dr. Deny Susanti/ Dr. Muhammad Taher
Examiner: Br. Syamsul/ Sr. Sabrina
Title: Bioactivity of stembark of Knema stenophylla


InsyaAllah. Harap sangat saya present dengan bagus.Pray for me :)




Yes!! I can do it ^____^



Sunday, October 9, 2011

Semoga Allah merahmati ayah selalu :)



Mohd Hazmi b Yahya

Bukan saya tak rindu emak
jauh sekali mengabaikan perasaan rindu kepadanya.
cuma entry kali ni saya tujukan kepada ayah.


Ayah saya baik
kawan-kawan cakap muka ayah saya garang
ye itu hakikat tapi dalamannya dia memang baik.


Dia sangat baik dengan anak-anak buah
hingga saya anaknya ini amat dengki
Dengki sebab tak mampu buat ayah gembira, gelak ketawa sama macam mereka buat.


Tapi selalunya ayah akan cuba sedaya upaya dengar apa yang saya katakan
sebab saya tau dia sayangkan saya.
tsk..lap air mata dari jatuh







p/s: anakmu ini sangat merinduimu




Saturday, October 8, 2011






I hear your heart cry for love,
Then you act like there's no room.
Room for me, or anyone,
"Don't disturb" is all I see.
Close the door, turn the key,
On everything that we could be.
If loneliness would move out,
I'd fill the vacancy.




if life was easy, where would all the adventure be?



Assalamualaikum..
Jawab sayang, tak jawab dosa :)



Rasanya dah lama tak update blog. Ye saya amatlah malas plus life as a final year student (yippie!!) sememangnya mencabar jiwa raga. Have i told u that i've choosen Industrial Health (IH) as my concentration?ohh sorry -.-' mek lupa lagi. Being a final year student isn't cool at all. My senior once said, IH senang je or perhaps kacang je.

Ok memang dari first year di kala muda remaja lagi dah start pasang angan mat jenin nak register IH dengan harapan akan score dengan jayanya. Tapi since belajar Law in OSH subject, rasa cam susah sangat. Tak faham dengan term satu hal and for your info, our lect is from gombak and we just communicate thru vid. conference. Terserlah kejakunan pada 1st class OSH. Nasib Prof. Nik sangatlah baik dan sentiasa layan kerenah kami. Now, i am officially law student yaww! Oh lupa nak cakap. Saya dah siap jahit baju polka dot hitam putih untuk kelas OSH {nak tiru kak-chu-hok-pakai-baju-hitam-putih hari2}. Semangat tak? :p





{taken from rubyblur}
oh rasanya container tutti fruti tu nampak sama besar dgn pipi mek.so how? =.='





Friday, September 16, 2011

u'll be there for me.we both know it





sometimes the right person for you was there all along,u didn't see it because the wrong one was blocking your sight.
- g.robins-


Friday, August 5, 2011

Allah has everything









Allah has no Blackberry or an iPhone, but He is my favourite contact.
He doesn't have Facebook, but He is my bestfriend.
He doesn't have Twitter, but I follow Him.
And, He doesn't have internet, but I am connected to Him :))



Wednesday, August 3, 2011






Apabila bangun tidur, tanya kepada diri sendiri:

"Kenapa ALLAH masih hidupkan aku pada hari ini?"

Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali:
"Kerana dosaku terlalu banyak.
ALLAH masih izinkan (beri masa) aku untuk bertaubat" {syahirul.com}



Tuesday, August 2, 2011







I just know, it's gonna be alright.
Someone will come and catch me when I fall.
Someone will. :)


Monday, August 1, 2011

{get used to it. selalu sangat puasa di perantauan}



Nampak x ayat aku yang xberapa nak boleh blah kat atas tu..hehehe ^___^


Now aku ngah ber'imagine' yang aku berada di perantauan
of course tempat paling-nak-sangat-pegi ADELAIDE

gambar cute ni from kak amie's fb

Actually kak amie bagi pengaruh yang sgt besar.
Saya nak study kat Adelaide pon sebab dia.
she's so adorable,baik, comey lotey :)
InsyaAllah, one day, saya akan ke sana.


Ok tahun ni saya mestilah saya bukan di Adelaide.
Hari ni first day puasa and saya still ada di lab bersama kanak2 riang.
InsyaAllah weekend ni akan pulang berpuasa di Qlate tercinta.
Doakan saya ye.



Saturday, July 30, 2011

Dalam sujud cintaku





composed, written & performed by ABD HALIM BIN AHMAD


First time dengar nasyid ni memang dah jatuh hati
tambah lagi yang composed ialah senior UIAM sendiri lagilah bangga.
^___^







{i'm going crazeeeeehhhh}



Actually aku dah berkurun plan nak dapatkan benda tu. Bukan susah pon beb just g shoppingmall then beli. Masalahnya duit beb, DUIT. Kalau aku anak tauke balak xpe gak. Selalunya aku kumpul duit sikit2 baru beli. Appreciate sikit barang tu. Kali ni nampak gaya kali ni kena ikat perut lagi la..sob..sob.. So kepada sesiapa rasa dengan senang boleh dapat benda yang aku nak ni, sila blah sekarang!! xyah nak berlagak kat blog aku unless korang nak tolong belikan.weehooo!! :D





{so adorable ayte ^__^ }



Sepanjang ingatan aku memang xpenah aku belot pada FOSSIL. Memang daripada dulu lagi la suka brand ni. Tapi selalu je xdapat beli. Maklum la student mana ada duit sangat. Tapi dulu time aku nak beli jam FOSSIL aku terbeli jam lain. apedaaa..Sling Bag ni benda paling patut masuk list aku. Woi wish list dah nak penuh ni..! hahahaha..




{which one is mine? black or brown leather strap? :p}



Ye rasanya sesiapa yang dah ada jam ni akan cakap ni pattern lama la. tapi aku xkisah pon. Janji aku suka. Dah lama xpakai jam leather strap. :))



Friday, July 29, 2011

{i always manage to say those two words; I'M FINE}





i keep telling myself i am strong and everything will be okay...
but then why do i wanna cry..
its not worth it i keep telling myself.
i am better off but those tears just wont go away.




{Marhaban Ya Ramadhan}




Assalamualaikum.. {tak jawab dosa, jawab sayang :)}

Alhamdulillah. Pejam celik tinggal 2 hari lagi untuk menyambut bulan Ramadhan. Sesungguhnya amat merindui Ramadhan dan harapnya Allah SWT memanjangkan usia untuk bertemu lagi tahun ni. Kita tak jangka maybe malam ni malam terakhir saya and ini adalah entry last saya. Harap my dear reader {oh ada ke yang baca blog ni?} memaafkan segala kesilapan saya andai terkasar bahasa dan tersalah kata :)

Marhaban Ya Ramadhan
Bulan dimana nafas menjadi tasbih
Tidur kita menjadi ibadah
Amal kita diterima dan doa kita di ijabah

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."




Thursday, July 28, 2011

{because i'm cool that way}







I'll still like u :)





{masih setia dengan kuantan}





Rasanya semua dah tau aku dah berkampung di kuantan since 5th July until now. Hmm semua orang ingat aku sayang kat Kuantan. Yes I do love kuantan tapi sape kata aku rela {ye saya tak rela}. Since 1st day di kuantan dah mula homesick yelah saya sememangnya sedikit manja. nampak je ganas camni tapi dalam hati still ada taman #silatampardenganlaju. Tapi as the day goes on saya dah mula adapt. Ramai kawan yang bersimpati dengan nasib saya terutama dhiya comot sama dill fadilla. Thanks kesayangans sebab susah-susah untuk aku walaupon tak end up kat Pilah.


Sapa kata intern di UIA boring sila angkat kaki and blah dari blog aku. Ini serius tau. aku berusaha jadi serius ni #sekalilagisilatampardenganlaju. Actually at first memang la aku mengaku boring tahap dewa. aku rasa nak pinjam penyapu or mop dari makcik cleaner bersihkan hall 1 UIA. Tapi lab staff tu sentiasa adakan kerja or kami yang sentiasa terhengeh-hegeh mintak kerja {sila baca terhegeh-hegeh dengan kuat}.


After week 4, Dr Deny Susanti yang cute lagi baik hati bagi aku and Sarah Mn mini project bertajuk " Natural Antioxidant from Agrowaste Byproduct". Ok bertambah lagi blur aku sebab memang haram jadah tak tau pasal antioxidant or pape pasal FYP {final year project}. Tapi nasib ada Dr Deny yg sentiasa support kami and Bro Muzammil yang selalu tolong walaupon selalu kena marah {dia memang camtu}. Akhirnya mini project tu siap sehari sebelum internship habis.gila kan?LOL

♥ comredes, IIUM trainess.

After internship, aku sekali lagi dengan gigih terpaksa rela siapkan report. Gila tak mau siapkan. 6 credit hour tu. Terpaksa pecut buat report sebab kitorang kat UIA ni habis intern seminggu lewat. Report yang berupa FYP itu sememangnya susah untuk disiapkan. Nasib pakcik google sedia membantu. hehehe. Rasa cam nak hantar report tu je as FYP nya thesis.


Sekali lagi aku gigih {nak balik!!} berkampung di Natural Product Lab. Terpaksa start FYP awal dari orang lain. Dulu pon stay back balik lambat sebab nak sampling kat Bukit Pelindung. Aku sepatutnya dapat award " Anugerah Pelajar Suka Stay Back". Sayang sangat kat UIA ni agaknya. Hey tau tak weekend je aku asyik kebulur sebab kafe tutup. Itu kau kata sayang. Nak balik tapi kerja tak siap lagi T.T.. Nampaknya puasa kat sini la.



{sesungguhnya saya bukan wanita bekerjaya: dicilok dari blog rubyblur}
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

{tadaa!! comel kan. ni ruby buat utk saya.hugs ruby}




Monday, July 25, 2011

{grrrr!!}








orang paling 1st aku nak trex ni makan adalah Bro Muzammil.Lol








Saturday, July 16, 2011

{ Bulan Syaaban, Bulan Rasulullah s.a.w }





Assalamualaikum..

Bulan penuh keberkatan dan kemuliaan Bulan Ramadhan sudah menggamit, memanggil-manggil kita. Pejam celik pejam celik tak sampai 20 hari lagi kita akan menyabut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Namun sebelum kita sampai ke Ramadhan bulan yg mulia kita akan menempuh bulan yg penuh dgn pengampunan iaitu Bulan Syaaban yang di dalamnya terdapat Nisfu Syaaban.

Jadi marilah kita sama-sama mencari pengampunan di bulan Rasulullah s.a.w ini…

Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda :”Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya.” Bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah dan bagi kita umatnya berbagai ganjaran yang disediakan untuk setiap amalan bagi persediaan menghadap bulan Ramadhan.

Salah satu amalan yang paling mudah yang perlu kita amalkan sepanjang bulan Syaaban adalah berdasarkan Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik : “Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air “Hidup”. Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat.”

Kedua hadith di atas petikan dari buku Duratun Nasihin Mutiara Mubaligh.


Nisfu Syaaban malam pengampunan


Antara petikan dari blog Ustaz Rahim :

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:

Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Adapun amalan membaca Yasin sebanyak 3x pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sandaran ) dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah.

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)

Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swtselama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allahdan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”

kredit: Denaihati.com, faizalfredley