Saturday, July 30, 2011

Dalam sujud cintaku




video

composed, written & performed by ABD HALIM BIN AHMAD


First time dengar nasyid ni memang dah jatuh hati
tambah lagi yang composed ialah senior UIAM sendiri lagilah bangga.
^___^







{i'm going crazeeeeehhhh}



Actually aku dah berkurun plan nak dapatkan benda tu. Bukan susah pon beb just g shoppingmall then beli. Masalahnya duit beb, DUIT. Kalau aku anak tauke balak xpe gak. Selalunya aku kumpul duit sikit2 baru beli. Appreciate sikit barang tu. Kali ni nampak gaya kali ni kena ikat perut lagi la..sob..sob.. So kepada sesiapa rasa dengan senang boleh dapat benda yang aku nak ni, sila blah sekarang!! xyah nak berlagak kat blog aku unless korang nak tolong belikan.weehooo!! :D





{so adorable ayte ^__^ }



Sepanjang ingatan aku memang xpenah aku belot pada FOSSIL. Memang daripada dulu lagi la suka brand ni. Tapi selalu je xdapat beli. Maklum la student mana ada duit sangat. Tapi dulu time aku nak beli jam FOSSIL aku terbeli jam lain. apedaaa..Sling Bag ni benda paling patut masuk list aku. Woi wish list dah nak penuh ni..! hahahaha..




{which one is mine? black or brown leather strap? :p}



Ye rasanya sesiapa yang dah ada jam ni akan cakap ni pattern lama la. tapi aku xkisah pon. Janji aku suka. Dah lama xpakai jam leather strap. :))



Friday, July 29, 2011

{i always manage to say those two words; I'M FINE}





i keep telling myself i am strong and everything will be okay...
but then why do i wanna cry..
its not worth it i keep telling myself.
i am better off but those tears just wont go away.




{Marhaban Ya Ramadhan}




Assalamualaikum.. {tak jawab dosa, jawab sayang :)}

Alhamdulillah. Pejam celik tinggal 2 hari lagi untuk menyambut bulan Ramadhan. Sesungguhnya amat merindui Ramadhan dan harapnya Allah SWT memanjangkan usia untuk bertemu lagi tahun ni. Kita tak jangka maybe malam ni malam terakhir saya and ini adalah entry last saya. Harap my dear reader {oh ada ke yang baca blog ni?} memaafkan segala kesilapan saya andai terkasar bahasa dan tersalah kata :)

Marhaban Ya Ramadhan
Bulan dimana nafas menjadi tasbih
Tidur kita menjadi ibadah
Amal kita diterima dan doa kita di ijabah

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."




Thursday, July 28, 2011

{because i'm cool that way}







I'll still like u :)





{masih setia dengan kuantan}





Rasanya semua dah tau aku dah berkampung di kuantan since 5th July until now. Hmm semua orang ingat aku sayang kat Kuantan. Yes I do love kuantan tapi sape kata aku rela {ye saya tak rela}. Since 1st day di kuantan dah mula homesick yelah saya sememangnya sedikit manja. nampak je ganas camni tapi dalam hati still ada taman #silatampardenganlaju. Tapi as the day goes on saya dah mula adapt. Ramai kawan yang bersimpati dengan nasib saya terutama dhiya comot sama dill fadilla. Thanks kesayangans sebab susah-susah untuk aku walaupon tak end up kat Pilah.


Sapa kata intern di UIA boring sila angkat kaki and blah dari blog aku. Ini serius tau. aku berusaha jadi serius ni #sekalilagisilatampardenganlaju. Actually at first memang la aku mengaku boring tahap dewa. aku rasa nak pinjam penyapu or mop dari makcik cleaner bersihkan hall 1 UIA. Tapi lab staff tu sentiasa adakan kerja or kami yang sentiasa terhengeh-hegeh mintak kerja {sila baca terhegeh-hegeh dengan kuat}.


After week 4, Dr Deny Susanti yang cute lagi baik hati bagi aku and Sarah Mn mini project bertajuk " Natural Antioxidant from Agrowaste Byproduct". Ok bertambah lagi blur aku sebab memang haram jadah tak tau pasal antioxidant or pape pasal FYP {final year project}. Tapi nasib ada Dr Deny yg sentiasa support kami and Bro Muzammil yang selalu tolong walaupon selalu kena marah {dia memang camtu}. Akhirnya mini project tu siap sehari sebelum internship habis.gila kan?LOL

♥ comredes, IIUM trainess.

After internship, aku sekali lagi dengan gigih terpaksa rela siapkan report. Gila tak mau siapkan. 6 credit hour tu. Terpaksa pecut buat report sebab kitorang kat UIA ni habis intern seminggu lewat. Report yang berupa FYP itu sememangnya susah untuk disiapkan. Nasib pakcik google sedia membantu. hehehe. Rasa cam nak hantar report tu je as FYP nya thesis.


Sekali lagi aku gigih {nak balik!!} berkampung di Natural Product Lab. Terpaksa start FYP awal dari orang lain. Dulu pon stay back balik lambat sebab nak sampling kat Bukit Pelindung. Aku sepatutnya dapat award " Anugerah Pelajar Suka Stay Back". Sayang sangat kat UIA ni agaknya. Hey tau tak weekend je aku asyik kebulur sebab kafe tutup. Itu kau kata sayang. Nak balik tapi kerja tak siap lagi T.T.. Nampaknya puasa kat sini la.



{sesungguhnya saya bukan wanita bekerjaya: dicilok dari blog rubyblur}
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

{tadaa!! comel kan. ni ruby buat utk saya.hugs ruby}




Monday, July 25, 2011

{grrrr!!}








orang paling 1st aku nak trex ni makan adalah Bro Muzammil.Lol








Saturday, July 16, 2011

{ Bulan Syaaban, Bulan Rasulullah s.a.w }





Assalamualaikum..

Bulan penuh keberkatan dan kemuliaan Bulan Ramadhan sudah menggamit, memanggil-manggil kita. Pejam celik pejam celik tak sampai 20 hari lagi kita akan menyabut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Namun sebelum kita sampai ke Ramadhan bulan yg mulia kita akan menempuh bulan yg penuh dgn pengampunan iaitu Bulan Syaaban yang di dalamnya terdapat Nisfu Syaaban.

Jadi marilah kita sama-sama mencari pengampunan di bulan Rasulullah s.a.w ini…

Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda :”Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya.” Bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah dan bagi kita umatnya berbagai ganjaran yang disediakan untuk setiap amalan bagi persediaan menghadap bulan Ramadhan.

Salah satu amalan yang paling mudah yang perlu kita amalkan sepanjang bulan Syaaban adalah berdasarkan Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik : “Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air “Hidup”. Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat.”

Kedua hadith di atas petikan dari buku Duratun Nasihin Mutiara Mubaligh.


Nisfu Syaaban malam pengampunan


Antara petikan dari blog Ustaz Rahim :

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:

Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Adapun amalan membaca Yasin sebanyak 3x pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sandaran ) dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah.

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)

Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swtselama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allahdan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”

kredit: Denaihati.com, faizalfredley






Monday, July 11, 2011

{ Hati gundah }









oh buku log..!
sila pulang ke pangkuanku T.T


p/s: InshaAllah ada rezeki jumpa la balik. If x, esok jumpa Dr. F then rewrite the report again =.='








Sunday, July 10, 2011

Cinta tak datang hanya sekali



{Khabir Bakhtiar}

Bisikkan pada bulan
Kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku
Tanpa dia malam menemaniku
Bulan jangan biar siang
Biar malam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku.


Setakat ni, filem Sepi memang terbaik di antara filem-filem lain. Oh sememangnya aku rasa ramai yang setuju dgn pendapat aku betul x? :p Walaupun dah berkali-kali cerita ni ditayangkan di TV {semalam ada kat astro citra} tapi aku still tonton and still akan jadi peminat setia cerita ni.





Saturday, July 2, 2011

{ Jangan diungkap perkataan itu..HARAM! }






‎"Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” katanya(Menteri KDN)

Alangkah bagusnya kalau polis juga ada kuasa tangkap lelaki Islam berseluar pendek,perempuan tidak bertudung,berbaju ketat dan jarang,apatah lagi ber'skirt' pendek.Bukankah semua itu juga HARAM?



p/s: Dunia akhir zaman. Subhanallah



Friday, July 1, 2011

{oh hensem ♥}





♥" if i not your Mr Right, i should be your Mr Left" {Hamman BMW X6 Tycoon}

oh hensem sangat. Macho sungguh BF saya. Cukuplah. Saya tak mintak lebih :p