Hasil tangkapan hari ni :))
Assalamualaikum semua.
Fuhhh penat. Lenguh kaki tangan pergi MPH Book Fair'12 tengahari tadi pon belum hilang. Seronok, teruja semua ada tengok semua buku berlambak-lambak banyak. Rambang mata mek dibuatnya. Mana nak pilih, mana nak campak dalam kotak lagi. Berkejar-kejar cari buku sebab nak pastikan bayar time happy hour & dapat 90% discount. Ye sila baca berulang kali. 90% uollsss!!! #pengsan
ohsemmm
Esok insyaAllah akan ke sana lagi untuk menambah koleksi buku kanak-kanak. Oh mulai esok semua book shelves yang ada tag 70% dah bertukar jadi 90% & no more happy hour sebab sepanjang masa adalah happy hour :) So apalagi... SERANGGGGG!!!