Monday, March 19, 2012

Alhamdulillah. Thank you Allah :))





Terima kasih Ya Allah di atas segalanya. Terlalu banyak nikmat yang Kau berikan kepadaku sehingga tak terhitung banyaknya. Aku tahu sebenarnya Kau sedang menguji kesabaranku, menguji ketekunanku dan menguji aku untuk menjadi seorang yang lebih menghargai masa. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah. Kerana ujian ini membuatkan aku berfikir, Kau lebih menyayangi aku. Kau yakin dengan kebolehanku kerana itu Kau kurniakanku ujian ini. Terima kasih sekali lagi Ya Allah :))



"Ya Allah, rahmatilah ibu bapaku dan rakan-rakan yang sentiasa mendorong dan membantuku. Permudahkan segala urusan mereka dan usahaku."