
Janganlah hanya tibanya Maulidur Rasul barulah kita mengingati Rasulullah s.a.w. sebaliknya kita mesti mengingatinya pada setiap hari. Berselawatlah ke atas Nabi s.a.w. sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (Surah al-Ahzab ayat 56)
Sesiapa menghendaki pahala yang banyak, salah satu caranya ialah beramal tanpa mengeluarkan modal iaitu berselawat ke atas Nabi s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa di kalangan umatku yang berselawat sekali ke atasku, Allah SWT akan tulis 10 kebajikan."