Sepatutnya post ni dah lama tapi asyik lupa nak publish :')
Malam tu aku mimpi, semua penghuni hostel T5 khususnya {sebab aku nampak budak T5 je dalam mimpi} berpusu-pusu menuju ke masjid baru. Eh mek mestilah salah seorang satu watak utama #dah kata mimpi aku. Semuanya kelam kabut tak nak miss solat jemaah di masjid baru. Terharu tengok semangat diorang semua. Bangun tidur aku rasa satu perasaan terharu/sedih/gembira semua yang tak dapat diungkap. Alhamdulillah Ya Allah. Walau hanya mimpi aku bersyukur :) Jauh disudut hati aku berdoa, sebelum grad, aku dapat sujud di masjid baru UIAM Kuantan.
19 Disember 2011.. Tarikh yang aku tak dapat lupakan sampai bila-bila :))
Allah makbulkan doa aku. Esoknya masjid UIAM Kuantan dapat digunakan sepenunhya. Bersyukur sangat Allah bagi petunjuk dalam mimpi. Terima Kasih Ya Allah :))