Thursday, March 31, 2011
{Exam mood activated..}
Monday, March 28, 2011
{my new budiks and mereka lucu bangat}
Wednesday, March 23, 2011
{Family Day SCIENCESS '11..CORAL:never say die}
Friday, March 18, 2011
{i'm not special, i'm just limited edition}
Wanita ini tinggi darjatnya disisi Allah s.w.t. Dimana anda letakkan darjat wanita itu andainya anda mudah saja membiarkan lelaki yang tidak halal bagi anda menyentuh anda. Dan mana nilai islam dalam diri anda andainya anda tidak kisah menjalani hidup persis suami isteri ketika anda dan kekasih anda masih tidak halal ikatannya. Siapa yang boleh menjamin 100% bahawa kekasih anda itu akan menjadi suami anda suatu hari nanti?
Bagi rakan yang sedang ‘couple’ sekarang ini, saya bukan membenci kalian, apatah lagi mahu mengutuk perbuatan kalian. Saya tidak nafi, cinta sebelum kahwin itu wujud dalam hati kebanyakan insan, namun saya tidak boleh berkata ‘ya’ kepada kehidupan persis suami isteri sebelum adanya ikatan yang halal ini. Mari sahabat! Mari kita menjaga maruah diri dan nilai-nilai islam dalam diri kita. Lelaki yang anda sangat percaya sekarang ini, belum terjamin 100% akan menjadi suami kita dan sememangnya dia tidak layak, melihat aurat kita, menyentuh kita, apatah lagi berdua-duaan dengan kita dirumah. Sangatlah menyedihkan apabila anda tanpa segan silu membenarkan kekasih anda menjejakkan kaki ke rumah anda untuk bersuka-suka dan bertambah sedih lagi apabila anda sendiri yang tanpa segan silu masuk ke rumah lelaki untuk bersuka-suka. Dimana letaknya maruah anda sebagai wanita Islam? Tanya hati dan iman anda!
” Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan -perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia(syurga).” [ An-Nur 24: 26]
Wednesday, March 16, 2011
{omjayyy EOP class is so should i say best class ever..eheh :p }
Sunday, March 13, 2011
{Allah Sedang Memberi Peringatan}
Rasulullah Muhammad SAW bersabda :
Abu Hurairah berkata, “Nabi bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi,masa saling berdekatan(semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.”