Saturday, May 21, 2011

{Ya Allah, lindungi aku}










Wahai jiwa yang dihambat dosa!
Beristighfarlah sebanyak-banyaknya nescaya diselamat dari bala dosa.
Wahai yang takut ditimpa bala! beristighfarlah.





Thursday, May 19, 2011

{taking the big step foward}








Ya Allah. Tunjukkan ku jalan. Permudahkan semua urusanku.
Hanya pada-Mu tempat ku memohon pertolongan.




Tuesday, May 17, 2011

{Emak sudah mula bertanya}


Emak call tengahari tadi tapi aku tak sempat nak angkat. Then call emak balik.


Assalamualaikum.Gapo mok call tie td? Ado gapo?

Waalaikumussalam.Oh xdok gapo.Sajo jah nok tanyo kaba. Marin{semalam} mok g beli langsir dekat Kelantan Silk Store. Muroh jah tie. blablablabla...


{mok is so excited dok bercerito pasal her new chocolate/maroon langsir. keep repeating that new langsir is so cheap compared to the other stores}

After langsir mok dok cakap pasal makcik aku {kakak ayah} tengah risau pasal kakak {her daughter aka my kakak kesayangans} yang dah 28 thn but still tak kahwin lagi. I think that is not kakak's fault. Tapi entah la. Nak tolong carikan nanti jadi pape aku gak yang dipersalahkan. Kakak be patient ok. InsyaAllah one fine day your prince charming will be there for u :))

Dan bersamaan dengan itu, maka terpacul pertanyaan untukku daripada makcikku menerusi emakku.


Tie, tie tak dok sapo-sapo lagi ko? cari cepat-cepat la. Lamo jadi supo kakak susoh la. Time ngaji ni cari la hok mano kene tapi jago la maruoh kita.jange lebih-lebih.


gulp..aku menelan air liur. Terkejut mok bertanya begitu. Selama ni mok mana pernah tanya aku pertanyaan keramat camtu. Hadoii nampaknya terpaksa survey-survey la ni :p


mok, ore tak dok sapo-sapo lagi. Susoh nok cari hok baik loni mok. Buke sene nok cari supo chik {ni pon my kesayangans}. Mok tlg cari la sene sikit kijo tie. Tok pon mok suh chik cari ko ore.Malas nok cari lagi.


Apabila fikir balik apa mak aku cakap ada betulnya. Time study ni la nak cari jodoh. Maksudnya bukanlah 24/7 dok melekat sentiasa. Tapi pandai-pandai la kita bawa diri. Sebagai perempuan, kena jaga diri dengan baik. Susah nak cari lelaki baik zaman sekarang mak. Maaf la. Tie buat mak risau. InsyaAllah ada jodoh ada la mak.








O ALLAH,
If he’s meant for me
and i meant for him
Let us be together through ijabkabul.


O ALLAH,
If we are not meant to be together
Please avoid us from
seeing one another.


O ALLAH
If he’s the right person for me
let his iman be the one that I adores
and let him make my way easier to Jannah.



O ALLAH
If he’s not the right one for me,
show him the right way
so that he can lead others instead.





Monday, May 16, 2011

{Sultan Muhammad V}



Allahuakhbar!!



"Saya Tukar Daulat Tuanku Kepada Allahuakbar Supaya Pelafaznya Dapat Pahala" - Sultan Kelantan





SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.

Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.

Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.

Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.

Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.

Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.

Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:

  • Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya.
  • Mengapa memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran rasmi: Kerana kalau kita tengok dalam sejarah salasilah negeri Kelantan, Sultan yang terakhir, menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-IV. Jadi kalau nama saya sendiri sudah Muhammad, secara semula jadinya itulah pilihan pertama saya. Dan setelah berfikir semasak-masaknya itulah pada fikiran saya yang terbaik.. Insya-Allah.
  • Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan: Saya fikir, bukan perkara ini tidak pernah berlaku (tidak melangsungkan upacara pertabalan). Misalnya untuk senang diterima, kita ambil dalam hal Almarhum Sultan Johor yang lepas, baginda tidak pernah ditabal walaupun menjadi Sultan Johor untuk lebih 23 tahun jika tidak silap saya. Jadi soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab. (Nota: Untuk makluman pembaca, Sultan Muhammad telah dimasyurkan secara rasmi pada 13 September 2010 sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan negeri. Soal pertabalan hanyalah merupakan satu adat yang terpulang kepada Sultan sama ada ingin menyegerakannya atau mengadakannya pada satu tarikh yang difikirkan sesuai.)
  • Tentang hubungan dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda pada masa ini: Jawapan yang terbaik kepada soalan ini pada saya ialah “Alhamdulillah."
  • Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan: Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena reda, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.
  • Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian: Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal.
  • Rahsia mudah didekati oleh rakyat dan tidak kekok memberi bantuan peribadi: Bagi saya senang sahaja sebab jika kita perhatikan sewaktu ayahanda saya menjadi Sultan, tidak ada satu yayasan dibuat atas namanya. Jadi saya fikir mengapa tidak ada (yayasan). Jadi itu yang mendorong saya untuk memberi sumbangan peribadi kepada rakyat jelata. Sebab tidak ada yayasan di atas nama ayahanda saya yang dapat saya gunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat (Nota: sebaik sahaja diangkat menjadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menubuhkan sebuah yayasan yang diberi nama Yayasan Sultan Kelantan yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat di bawah jajahannya.)
  • Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat: Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Selepas itu anggota lembaga pemegang amanah akan memutuskan cara untuk menyalurkan wang tersebut. Apa yang penting ialah untuk menentukan supaya program baru untuk mengumpul dana dapat dirancang dengan baik agar wang dana itu tidak habis. Jika wang dana tidak mencukupi atau kehabisan ini bermakna hanya segelintir pihak sahaja yang berpeluang mendapat faedah daripada dana ini. Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.
  • Pandangan tentang isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat dan negeri Kelantan: Masalah negeri Kelantan saya nampak adalah tentang soal kekurangan infrastruktur asas dan tidak semaju seperti mana negeri Selangor atau Johor. Jadi kalau negeri-negeri ini banyak lebuhraya dan jalan baru dibina akhirnya kampung-kampung kecil dan bandar-bandar kecil yang berada di sekitar kawasan yang memiliki kemudahan infra seperti jalan raya dan sebagainya akan menerima pembangunan secara tidak langsung. Ini kerana, saya selalu ke mana-mana menggunakan kereta, jadi saya dapat tengok bagaimana kawasan yang mempunyai jalan besar dan utama akan turut membangun dan kampung itu tidak mati. Tetapi jika tidak ada jalan dan pembangunan ekonomi susah hendak sampai ke situ, ia akan mati termasuklah masyarakat kerana mereka tidak ada kesempatan untuk turut membangun kerana tiadanya komunikasi dengan dunia luar. Di Kelantan itu yang paling ketara.
  • Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan: Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnya serta dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian terlebih dahulu.
  • Tentang tahap kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial negeri Kelantan: Seperti mana yang saya katakan di awal wawancara tadi, tidak ada bandar di dunia ini dapat bangun tanpa ada infrastruktur asas seperti jalan, hospital, lapangan terbang. Saya bukannya hendak campur politik tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah kalau hendak bangunkan sesuatu kita perlu buat kajian fisibiliti terlebih dahulu. Contohnya macam saya balik (dari sesuatu majlis) dengan kereta saya dapat lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk kearah pusat bandar (Kota Baru) bila ada cuti am. Mengapa sesak? Kerana jalan tidak luas atau tidak cukup tetapi kereta banyak. Mengapa kereta banyak? Sebab pada waktu cuti umum orang Kelantan di luar Kelantan balik bercuti ke Kelantan. Jadi kalau kita buat lebuh raya dan buat tol sudah pastinya kita akan dapat menjana pendapatan kerana ramai yang balik ke Kelantan menggunakan kereta. Akhirnya hasil (wang) akan berpusing dan ini akan merancakkan ekonomi termasuk hasil pendapatan rakyat. Bila ini berlaku ia akan menyenangkan hati rakyat – tidak kiralah sama ada ekonominya ke, kesejahteraan dia ke, atau kesihatan dia ke, asalkan rakyat senang. Dan apa sahaja yang akan menyenangkan rakyat kita sokong. Jadi kita tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma bila kita buat perbandingan contoh Kelantan dengan Terengganu, Kelantan dengan Pahang, Kelantan dengan Johor atau Selangor, Wilayah Persekutuan, kita akan tahu jawapannya kedudukan kita di mana.
  • Mengenai impak aktiviti politik kepada perpaduan rakyat: Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Mana nak cari lagi sultan macam ni, sanggup gugurkan "Daulat Tuanku" kepada "Allahu Akbar" semata-mata kerana mahu rakyatnya memperolehi pahala sewaktu melafaznya...

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa ‘alif lam mim’ satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi)

Sebut sahaja seruan الله اكبر dah berpahala berlipat-lipat kali ganda. Sungguh mulia hati Tuanku yang seorang ni.



{ihsan sini}




{ikhtilat: awak jangan buat saya jatuh hati pada awak}







“Tell the believing men to lower their gaze and be modest. That is purer for them. Allah is Aware of what they do.
And tell the believing women to lower their gaze and be modest.” (An-Nur: 30-31)









Sunday, May 15, 2011

{simple yet ada makna and penuh barakah}




{so cute ayte.. :D}



i've already decided.
say no tu nama anak panjang bejelo-jelo supo roti jalo.

UMAR
ARISSA
SYIFAA
ADAM
ATIYA IMAN

setakat hari ni,this is the latest list name yang aku pilih.why?sebab nama ni pendek and panggil pon senang.Tak payah nak buat nama-nama manja. Panggil nama penuh and ada makna.mesti korang cam pelik nape aku buat entry pelik cam ni.heyhey saya masih belum mahu kawen ok..!!saya dah naik muak tengok nama anak orang-orang sekeliling panjang.uish nama panjang sampai nak isi borang pon susah. Nanti nak bagi nama timangan ape??last-last panggil boboy la, baby la dan macam-macam lagi. See takde guna la bagi nama anak tu panjang-panjang.Punyalah penuh petak borang tu sampai nama ayah pon xmuat nak isi. Padahal nama ayah 3 huruf je.haish!!~

eh emo lak di malam isnin penuh mulia.hehehe..opss sorry ye ter'emo' diblog sendiri. But then, ni my opinion la kan. Tak yah nak bagi nama anak panjang-panjang kelak menyesal dan si anak akan menyalahkan parents diorang.titik.


p/s: entry ni takde kena mengena dengan orang kesayangans di sekeliling ye :))



Saturday, May 14, 2011

{seriously i'm starving right now}




{*drooling* can someone please belanjo me this delicious cupcake..?}






{weekend yang bosannnnn}





Assalamualaikum..



B.O.S.A.N

tu jela yang mampu aku cakap dok kat Kuantan tanpa perlu berfikir 2, 3 kali. Tak tau nak buat apa dah. Hari ni dok kemas bilik Wany Ramly sbb secara officially saya berpindah ke compartment beliau.takut maa dok level 3 sorang-sorang. Damia aka Dada dah balik rumah sbb dia dapat buat intern kat tempat keje lama. Sedeh gak sbb ngan sepanjang 2 minggu ni, ngan dia la aku selalu gaduh, selalu gurau kat Lab Office tu. ntah camne la next week tanpa Dada di sisi. Dada, i'm gonna miss u so much. Yang paling seronok, Dada had promised me to belanja makan and main-main time aku datang KL..yeayyyy!! Ruby Razali sila freekan diri anda juga pada hari saya datang sana ye :))




{oh can't wait!!}





Sunday, May 8, 2011

{monday blues}







Dear monday,
Thanks for having the word "mon" in you.
That's French for "mine" . In case you weren't aware, monday, but it makes me think of you more as "my day", and frankly that sound like a much more promising start to the week..



love,
me :))



Saturday, May 7, 2011

{ my best friend ever :) }

{W. Sharipah W. Musa}


terima kaseh mok untuk semuanya
mok banyak berkorban untuk kami
jasa mok xakan kami lupa..


happy mother's day :))





Friday, May 6, 2011

{keep on smiling}





when you're smiling, the whole world smiles with you..


when you're smiling, the whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are~



Thursday, May 5, 2011

{BANG!!}







suppose aku berjimba-jimba sebab arini BESDAY aku ok!! but then aku kena lapor diri kat UIAM{so boring since aku da dok sini 3 thn n praktikal pon kat sini}.

Actually, aku n sarah kena reject pada mulanya tapi setelah Dr Fiona negotiate dengan hosp tu diorang nak terima kami balik. But then dalam lab tu da ada 10 orang budak praktikal. Kami yang 2 orang ni nak belajar apa. hasih!! Salah kami ke sebab nak mempertahankan hak kami, nak dapat tempat yang terbaik..EHH IKUT HATI AKU MEMANG TAKMAU BUAT KAT SINI LA.NAK APPLY KAT TEMPAT LAIN JE TP TAKUT AMEK MASA YANG LAMA..FAHAM TAK!!!!!!!!

Then,kami {aku, sarah,huda,ain n aina} kena jumpa Dean.ok setelah dijelaskan dengan jitu Dean menolak alasan kami nak buat kat sini. HELLO!! Prof xberada di tempat kami..Saya tak suka statement prof yang kata kami ni terlampau manja. Mana ada!! Ce prof g buat keje yang ain n aina kena buat.baru prof tau susah senangnya.kami bukan nak mengada-ngada nak memilih tempat.Boleh lak prof suruh kami balik padahal kami baru je sampai dari kelantan semalam.u're so mean!!

ok aku admit memang la salah aku gak sebab Hosp tu nak terima balik aku n sarah tapi aku tolak dengan baik. Pihak hosp pon sarankan kami cari tempat lain sebab kami tak akan dapat belajar sebab terlampau ramai. salah kami ke kalau kami cuba untuk cari solution untuk kebaikan bersama?? sorry prof tp tahap respect sy kat prof da kurang. sorry..!!


Nasib lab. asst baik-baik semuanya.
semoga semangat berkobar-kobar untuk bekerja kembali dalam diri.
Ya Allah, jadikanlah ujian yang kecil ini sebangai penguat semangatku.ameen


{ejatie_hazmi}



{happy birthday to me :) }





dear ejatie..

i wanted to wish u a very happy birthday
wishing u a lot of happiness
may Allah SWT bless u always
semoga menjadi anak yang sentiasa menghormati ibubapa :))