Sunday, February 7, 2010

NO MORE TEARS TO CRY...

Banyak betul dugaan hari ni
sebelum ni bukan tak pernah diuji sebegini rupa
tapi still tak kuat nak tempuh semua ni.

Time ni mula teringat kat mak n ayah
tak taw nak ngadu kat sape
kawan-kawan selalu ada di sekeliling memberi nasihat
lend their ear to listen to my probs
thanks a lot..kalian semua mmg kawan yg sgt baek.
Tiba-tiba mula teringat..Aku punyai Tuhan yang sentiasa melindungiku
dan sentiasa mendengar rintihanku.
Ya Allah ampuni aku kerana hanya mengingati-Mu ketika diriku dilanda kesusahan.

Allah SWT sememangnya amat menyayangiku
Dia mahu aku lebih tabah dalam mengharungi ujian yang diberi
Sentiasa bersyukur dan sentiasa muhasabah diri dalam apa jua yang ak buat
Ujian yang aku dapat hanya sebesar pasir di mataNya
Terima kasih Ya Allah kerana mengujiku.

Air mata mengalir lagi..
Hanya pada-Mu kuminta dikuatkan dari segi mental dan fizikal.
Pada-Mu kuminta ditenangkan hati.
Pada-Mu juga kumohon semoga dipermudahkan semuanya.
Rahmatilah diriku..