Friday, July 24, 2009


..DIRIKU DIRIMU..


Kadang-kadang kita lupa bahawa apa yang kita lakukan sehari-hari memberi kesan yang mendalam kepada jiwa dan raga. Terutamanya kita sebagai pelajar tidak lupa juga menjadi ”Role Model” kepada adik-adik dan orang sekeliling kita. Kita seharusya menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk menerima pujian dan kritikan.

Maksudnya, sesetengah orang boleh menerima pujian dan kritikan yang diberikan dan sesetengahnya tidak.Sepatutnya, kita haruslah menerimanya dengan minda yang terbuka dan berlapang dada. Pujian dan kritikan yang diberikan adalah untuk membentuk diri kita menjadi lebih matang dan dapat memperbaiki diri kita. Pujian-tidak bermakna kita sudah bagus dalam melakukan sesuatu perkara. Kita mestilah berusaha untuk menjadi lebih baik. Janganlah pula menjadi riak dengan pujian yang sebegitu rupa.Begitu juga dengan kritikan yang dilontarkan seharusnya kita mengambilnya sebagai ikhtibar.

Pujian vs Kirtikan = Kawan yang paling setia menemani kita mengharungi hari-hari mendatang ini.