Saturday, June 11, 2011

{ berat nanang TRW }


Sesungguhnya saya memang kecewa dengan corak permainan TRW. Pada 1st half game dilihat pemain bersungguh-sungguh dan menampakkan corak permainan yang amat bagus. Namun kesungguhan tidak bertahan lama. Mungkin Klate berasa selesa dengan kedudukan 1-0 menerusi jaringan Nurul Azwan Roya pada minit ke-79. Jaringan ke gol sendiri oleh Daud Su mengikat Klate dan Tganung 1-1. Tapi mungkin bukan rezeki TRW untuk menjulang piala FA pada tahun ini. Sabar la TRW. Usaha lagi tahun depe. To Daud Su, jange dok jerit dale bilik air la. Jange dok trauma sapa nok terjun KB Mall pulok deh. Buke saloh awok tu. Doh xdok rezeki meme xleh wak gapo2. Tapi sy meme support awok sokmo :))




Tahniah pasukan Terengganu. Tahniah Irfan Bakti.





Friday, June 10, 2011

{red warrior berjuang!}





♥
{red velvet cupcakes}


malam esok piala FA
dok google-ing resipi tadi tiba-tiba datang idea nak buat red velvet .
semangat red warrior membara-bara.ok takde kena mengena langsung =.='

insyaAllah balik weekend ni, mau buat.
hehe..




Wednesday, June 8, 2011

{happiness}




Assalamualaikum :))

Sungguh..!Saya tak tipu. Malam ni saya gembira sangat. Alhamdulillah syukur dengan nikmatNya.





{alhamdulillah}




♥


Monday, June 6, 2011

Friday, June 3, 2011

{sometimes you just feel like banging your head against a brick wall}




Lately {hari ni je kot} rasa loser gila. Ni memang loser la. Rasa cam nak hempuk kepala kat dinding sampai dinding tu pecah tak pon kepala aku yang pecah.





Actually, masuk hari ni dah 2 hari aku tolong student master {Br. Najmi} under Prof. Ridzwan. Dia memang cool sangat, baik dan banyak tolong. Dulu, dia study kat USM then sambung master under prof. Nampak cam sempoi giler {cam pok yeh pon ada gak}..huhuhu..Tapi setiap kali dia tanya aku cam tak tau pape. Padahal benda tu benda basic je kot. Hadoiii memang sedih gila aku rasa.LOSER tau x..! Br Faezal pon cakap kitorang cam tak tau pape. Memang la sebab setiap kali experiment semua benda lab asst yang sediakan. Aku autoclave pon memang haram tak tau guna. Nasib Najmi ajar tadi. Time tu terserlah kejakunan aku. Dari pagi sampai tengahari aku asyik angguk je. Then geleng-geleng. Then start to say ohhh..ehh..ohhh.. {dush!! hantuk kepala kat dinding}


After dah autoclave semua benda yang nak guna, kitorang dok borak-borak kat lab microb. Br Faezal tanya aku nak jadi apa. Time ni aku bagi jawapan selamat je iaitu lecturer.. Hey aku memang tak mau pon. Dia bantai gelak je.senget tol orang tua tu. Then terkeluar la cakap pasal umur. Ces rupanya si Najmi tu sama umur ngan aku. Lagi la aku rasa nak hantuk kepala kat dinding..Arrrrrghhh!!! umur sama ngan aku tapi da sambung master. Pastu under prof lak tu. Projek yang dia join tu dapat geran {cam ni ke eja} paling besar dalam Malaysia. Seronok la aku dengar cite dia. Then siap dapat gaji lagi. Tapi aku bukan rasa LOSER sebab dia sambung master tapi sebab dia tau semua benda. Aku tercengang je dengar explanation dia.Hmm.. nampaknya kena berusaha lagi ejatie. Jadikan Najmi tu sebagai pencetus semangat. Hey, kalau dia boleh, ko lagi la boleh. InsyaAllah :))






Wednesday, June 1, 2011

Yes. I'm jealous




Ok. saya memang jealous. Ini pengakuan yang terang seterangnya dan tak payah nak suluh-suluh.



saya jealous:

#kawan saya buat parktikal kat tempat best
#kawan saya update setiap test yang diorang buat
#kawan saya mention orang sekeliling baik dengan mereka dan selalu ajar benda baru
#kawan explain kat tempat diorang sangat bagus dan diorang rotate lab



oh sangat menghiris hati.
Namun saya bersyukur.
kawan saya gembira dengan kehidupan mereka.
sungguh saya jealous tapi saya doakan mereka sentiasa berjaya.
kejayaan mereka, kejayaan saya juga.





"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi para wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan mohonlah kepada Allah akan sebahagian kurnia-Nya". (An-Nisa:32)



Umat Islam hendaklah sentiasa berpegang kepada keyakinan aqidah yang teguh bahawa rezeki itu hanya datang daripada Allah semata-mata. Dengan menjiwai prinsip inilah, umat akan dihindari daripada perasaan hasad dengki yang membinasakan. Sebaliknya tumbuh menyubur perasaan qanaah atau rasa berpuas hati dengan apa sahaja rezeki kurniaan Allah kepada kita.



p/s:entry ni tiada kena mengena dengan orang kesayangans ye :))